PU Syed selar Syed Saddiq, buka la topi Santa tu, haram



Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menegur segelintir masyarakat terutama ahli politik dan selebriti mengenai hukum memakai pakaian Santa.

Tegasnya menerusi Instagram, hukum berbuat demikian adalah haram dan boleh mendatangkan fitnah kepada diri, keluarga dan agama.


“Tidak ada keperluan memakai topi Santa Claus atau apa saja perhiasan berkaitan Hari Krismas termasuk meletak pokok Krismas kerana ia seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut,” tulisnya.

Dalam masa sama, PU Syed turut menyebut nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pelakon Awal Ashaari dan isterinya Scha Alyahya yang sebelum ini memuat naik gambar di IG masing-masing dengan memakai topi Santa.


Di penghujung hantarannya, PU Syed meminta mereka memadam gambar yang memakai topi Santa. – Cari












Join our Telegram Channel
Telegram