KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima lapan laporan setakat ini membabitkan
pendakwah selebriti yang didakwa melakukan jenayah seksual dan kini dalam
tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata bagaimanapun dua
daripada laporan polis yang diterima itu diklasifikasikan sebagai tiada
tindakan lanjut (NFA).
“Empat laporan diterima di Shah Alam, sementara dua lagi di Petaling Jaya,
manakala dua yang diklasifikasikan sebagai NFA ialah masing-masing satu di
Shah Alam dan Subang Jaya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan
menerima dua laporan berkaitan suspek.
“Laporan membabitkan kes rogol dan cabul serta seks luar tabii,” katanya dalam
kenyataan.
Beliau berkata pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap suspek esok
bagi membantu siasatan berkaitan dua laporan polis berkenaan.
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada 26 Nov lepas susulan laporan polis
yang dibuat di IPD Shah Alam. Beliau dikenakan tahanan reman selama lima hari
bermula 27 Nov lalu bagi membantu siasatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel