
Seorang wanita berusia 38 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer
Keroh, atas pertuduhan mencuri beberapa minuman dan makanan di sebuah pasar
raya di Bandaraya Melaka, September lalu.
Tertuduh, Zalifah Salleh, mengaku bersaIah selepas pertuduhan dibacakan
terhadapnya di hadapan Majstret Mohamad Izwan Mohamad Noh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga suri rumah itu didakwa meIakukan
kesaIahan itu pada jam 2 petang di pusat beli-belah di Bandaraya Melaka, Jalan
Panglima Awang, 30 September 2020.
Antara makanan yang dicuri adalah dua kotak kopi jenama Starbucks, satu botol
Nuttela 680 gram, dua bungkus sushi, empat kotak susu UHT Dutch Lady, satu
botol Ribena Mobile dan dua tin biskut coklat Amore.
Tertuduh didakwa mengikut Sksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesaIahan.
Pendakwa Raya, Raudhah Mazman, meminta mahkmah mengenakan hukuman setimpal
terhadap tertuduh sebagai pengajaran.
Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu mahkmah mengenakan
hukuman ringan dengan alasan dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk
membuat pembayaran ketika kejadian itu berlaku.
Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret Mohamad Izwan menjatuhkan
hukuman penjara sehari dan denda RM1,200 kerana didapati dengan niat curang
mencuri tanpa membuat sebarang pembayaran barangan bernilai RM161.10 kepunyaan
juruwang Siti Rahmah Muhamad Salih, 30.
Mahkmah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman empat bulan penjara jika
gagal membayar denda berkenaan.
Tertuduh juga diberi teguran oleh Majistret bahawa mencuri bukan sesuatu yang
boleh dilakukan walaupun berhadapan dengan desakan hidup ketika pandemik
C0vid-19.
“Ketika ini (Pandemik C0vid-19), saya faham ramai yang terdesak. Tetapi puan
boleh mendapatkan bantuan daripada saluran yang betul, bukannya mencuri.
Matlamat tidak menghalalkan cara,” katanya.
Join our Telegram Channel