PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sekali lagi mengundang kecaman
apabila mendedahkan perangai pelik suaminya, Nabil Mahir yang suka menghidu
bau ketiaknya terutama ketika waktu lapang.
Perangai pelik Nabil didedahkan Ayda menerusi InstaStory yang memaparkan Nabil
Mahir sedang mencium ketiaknya ketika sedang bersantai di kediaman mereka.
“Ingat isteri sahaja suka bau ketiak suami. Yang ini terbalik. Aduh-aduh
@nabilmahir,” tulis Ayda.
Sebelum ini, Ayda yang popular menerusi lagu Temberang ada memberitahu bahawa
suaminya gemar mencium pipinya untuk tempoh masa yang sangat lama selain suka
bermanja dengannya.
Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa meluat dan
menyifatkan tindakan pasangan itu berkongsi serta menayangkan semua perkara
menerusi media sosial sebagai keterlaluan.
“Tolonglah jangan sambung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, macam-macam
perangai pelik artis keluar dah ni.
“Yela memang awak sorang je pun ada laki dalam dunia ni. Geli la,” tulis
netizen.
Please subscribe
Join our Telegram Channel