PETALING JAYA- Penceramah terkenal, Ebit Lew terus menyantuni rakyat di Lahad
Datu, Sabah apabila memasang perkhidmatan internet di sebuah kampung di sana.
Menerusi catatan di laman Facebooknya, Ebit turut melahirkan perasan gembira
bercampur sebak apabila memasang perkhidmatan wifi di Kampung Bangingod untuk
kegunaan penduduk di sana.
Dia turut menghadiahkan beberapa tab dan 10 buah basikal kepada pelajar
terpilih yang datang daripada keluarga susah.
“Pagi tadi ke Kampung Bangingod Felda Sahabat Lahad Datu, tak sangka dapat
lihat rumah yang kecil sangat. Nak internet perlu pergi ke pantai dan atas
titi.
“Cikgu juga kata mereka siap hantar kerja sekolah ke rumah pelajar bagi
memastikan mereka semua belajar,” katanya.
Katanya, dia mendapatkan perkhidmatan internet dengan memasangnya di sebuah
kedai.
Join our Telegram Channel