KERJA GILA: Frontliner cedera parah rempuh tembok batu pembahagi jalan diletak di jalan gelap tanpa amaran



SUNGAI PETANI: Seorang petugas barisan hadapan berusia 43 tahun, cedera parah di bahagian lutut selepas terlanggar tembok batu pembahagi jalan di Jambatan Kuala Lesong, Bukit Selambau pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya dari arah Felda Teloi Kanan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menjelaskan ketika tiba di lokasi, mangsa telah melanggar tembok pembahagi jalan yang berada di atas jambatan berkenaan.


Menurutnya, memandangkan jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat menekan brek dan terus merempuh pembahagi jalan tersebut yang mana menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian tempurung lutut dan kini dirawat di HSAH.

Tambah Adzli, ketika membuat lawatan di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat papan tanda ‘AWAS’ dari daerah Baling serta papan tanda ‘Jalan Ditutup’ diletakkan kira-kira satu kilometer dari jambatan berkenaan.

Bagaimanapun, kadar atau tahap pencahayaan di lokasi kejadian kemalangan itu adalah gelap dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Sementara itu, menurut saksi kejadian, Mohd Ghazali Nayan, 45 tahun, keadaan di lokasi kejadian amat gelap ketika kejadian berlaku.


"Masa kejadian tu berlaku abang (ke sini sebelum pergi menoreh) ada lima hingga enam orang berkumpul, dalam keadaan yang gelap.

“Saya pun pergi tengok motosikal yang remuk nampak ada seorang lelaki yang tersadai.

“Saya bertanya di mana dia bertugas, dia menjawab di Hospital Sungai Petani,” katanya.

Sebagai penoreh getah yang menggunakan jalan itu setiap hari, Ghazali berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan tindakan segera terutama memasang lampu di tembok penghadang jalan berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – Awani



Please subscribe













Join our Telegram Channel
Telegram