Semua menteri yang hadir mesyuarat kabinet Rabu lalu diberitahu untuk
menjalani ujian Covid-19, setelah Menteri di JPM (Ekonomi) Mustapa Mohamed
positif virus itu dua hari lalu.
Menurut sumber di Putrajaya, sekitar 10 anggota kabinet turut diperintahkan
untuk menjalani pengasingan, setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat
Mustapa.
Ini menyebabkan banyak program yang dijadualkan untuk para menteri
dibatalkan pada saat-saat akhir, kerana mereka perlu bergegas untuk
melakukan ujian swab.
Beberapa ahli kabinet melakukan ujian saringan semalam setelah mengetahui
keputusan ujian Mustapa.
Beberapa yang lain telah melakukan ujian mereka pagi ini atau akan
melakukannya hari ini. Ini termasuk Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)
Ismail Sabri Yaakob; Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy
Jamaluddin; dan Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad.
Untuk rekod, Mustapa menerima keputusan ujiannya pada Sabtu malam, dan sejak
itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan
untuk mendapatkan rawatan.
Berita mengenai hasil ujiannya hanya dilaporkan petang semalam, setelah
pejabatnya mengeluarkan siaran akhbar memaklumkan keputusan ujian Covid-19
ahli parlimen Jeli itu.
Beberapa menteri yang melakukan ujian mereka setelah Mustapa sudah mendapat
keputusannya semalam. Difahamkan, ada anggota kabinet didapati positif.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini memaklumkan
status ujian virus Covid-19 membabitkan menterinya Rina Harun.
"Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah disahkan positif
Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi," maklum
kenyataan pejabat kementerian itu. – Mkini
Join our Telegram Channel