Tak dinafikan seluruh rakyat Malaysia terkilan dengan tragedi pilu berhubung
kematian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai dizalimi ibu kandung dan bapa
tirinya sendiri.
Susulan itu, pihak polis telah menahan reman kedua-duanya bagi membantu
siasatan.
Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti kesan lebam dan kecederaan
di beberapa anggota badan Allahyarham.
Baru 3 bulan kembali ke pangkuan ibu kandung…Amir disahkan ajal dipercayai dizalimi orang tua sendiri
Ekoran daripada berita mengejutkan itu, Norlida Abu Hassan meluahkan rasa
sedih dan kecewa dengan kematian anak angkatnya yang dibela sejak usia dua
bulan lagi.
Lebih meruntun jiwa apabila insiden tersebut berlaku selepas tiga bulan Amir
Zubaidi Qusyairi kembali ke pangkuan ibu kandungnya pada Oktober lalu.
Justeru, mereka sekeluarga dalam usaha menuntut jasad adik Amir untuk dibawa
pulang dan dikebumikan di Rawang sekali gus mahukan pembelaan sewajarnya atas
kematian tersebut.
Dah cuba budi bicara tapi layanan apa kami dapat? Hanya ummi & abah layak untuk kau Amir
Menerusi Facebook,
Tuhfah Nazihah Tarmizi
mendedahkan layanan yang diterimanya sekeluarga sewaktu cuba berbincang
tentang hak tersebut.
Dia bagaimanapun mengakui terkilan kerana gagal mempertahankan Amir sewaktu
mahu menyerahkan kepada keluarga kandungnya dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mati didera, ibu, bapa tiri lapor konon anak lemas
- [Video] Kalau tahu saya tak serah kepada ibu kandung dia
- Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak sebelum mati didera
- Ibu kandung arwah adik Amir ada masalah mental, dedah kawan
- Mahu tuntut jasad adik Amir, keluarga angkat terkilan dengan layanan pihak sana
- Ibu kandung arwah Amir bukan pesakit mental – Polis
- Suasana pilu di Hospital Melaka tunggu bedah siasat arwah adik Amir
- Banyak kecederaan baru dan lama, Amir meninggal anggaran 2 jam, bukan 2 hari – Polis
- Amir dikebumikan di Jasin Melaka
- Bapa tiri Amir pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan memukul isteri
Join our Telegram Channel