PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan adakah Dr
Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam urusan Peguam Negara dan
perundangan.
Najib berkata demikian selepas pendedahan bekas peguam negara, Tommy Thomas
dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”, berhubung Zakir
Naik tidak didakwa kerana patuh arahan Mahathir.
“Dia lepaskan kes-kes kumpulan pemberontak Sri Lanka, LTTE setelah mendapat
izin Mahathir dan Kabinet, kata Tommy.
“Tun Mahathir tak campur tangan dalam urusan Peguam Negara dan perundangan ke?
soal Najib.
Dalam bukunya, Thomas berkata Mahathir mengarahkannya mengelak sebarang
prosiding mahkamah terbuka dalam usaha mengekstradisi penceramah kontroversi,
Naik.
Thomas berkata, beliau menemui Mahathir yang ketika itu perdana menteri untuk
memberi taklimat berhubung isu Naik sekitar 2018.
Sebelum itu, Thomas menemui Pesuruhjaya Tinggi India, Shri Mridul Kumar yang
menegaskan negara itu mahu Malaysia mengusir Naik dari sini.
Dalam pada itu, Najib mempersoalkan bagaimana pula bagi keputusan menarik
balik dakwaan terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan
Harapan (PH) sekutu Mahathir.
“Bagaimana pula dengan keputusan mendakwa musuh-musuh politik Tun Mahathir?
Dia tak dakwa Zakir Naik sebab patuh arahan Tun M, dedah Tommy. Dia lepaskan kes-kes LTTE setelah mendapat izin Tun...
Posted by Najib Razak on Sunday, 31 January 2021
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kenapa Tommy tak tulis pasal gugur kes Guan Eng, dakwa musuh politik Dr M? tanya Najib
- Tommy Thomas dedah Dr M, Guan Eng, IGP tak layan cadangan untuk tangkap Jho Low
- Tuduh bunuh Altantuya, Najib tuntut Tommy tarik balik dakwaan, tuntut ganti rugi RM10 juta
- Tommy Thomas disiasat kerana memfitnah
- Tommy langgar sumpah – Ahmad Zahid
- UMNO lapor polis buku Tommy Thomas
Join our Telegram Channel