Netizen terhibur dengan lagu PKP 2.0



Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta gitaris ternama Hujan, AG Coco menghasilkan sebuah lagu khas, ‘PKP 2.0’ yang dimuat naik di saluran YouTube ML Studios.

Boleh dikatakan lagu ini sangat random dan unik kerana ML Studios sebelum ini hanya mengeluarkan video berkenaan pendapat speaker berkenaan sesuatu isu atau cerita.


AG Coco pula hadir dengan kelainan apabila memilih genre nasyid dan menyanyikan sendiri lagu PKP 2.0 ini.

Ia juga sangat catchy kerana menggunakan lagu Bismillah oleh Raihan sebagai lagu tema.

Secara tidak langsung anda pun turut sama menyanyi apabila mendengarkan lagu ini.

Rata-rata peminat Hujan tidak menyangka AG Coco akan menghasilkan lagu seperti ini dan ternyata ramai yang menyukai lagu PKP 2.0 ini.


Pun begitu, jika diperhalusi video dan lirik lagu ini, ia penuh dengan nasihat dan peringatan bahawa COVID-19 ini memberi kesan kepada semua dan mengapa kita perlu tegas dalam menghadapinya.

Terus kita jaga kita dan ikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. – Vocket



Please subscribe




Join our Telegram Channel
Telegram