AYER KEROH – Angkara mengesyaki teman lelaki ada wanita lain, seorang pelajar
sebuah universiti di sini dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat
18 sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mayat pelajar berusia 21 tahun itu ditemui
rakan-rakannya di atas tanah di belakang blok kediaman asrama mereka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata,
remaja terbabit dipercayai terjun dari tingkat 18 pangsapuri sebelum mati di
tempat kejadian akibat kecederaan parah.
“Berdasarkan keterangan rakan mangsa, sekitar jam 10 malam semalam (Khamis)
mangsa bersama rakan-rakannya berbincang tentang hubungannya dengan teman
lelaki.
“Ketika perbincangan satu pertengkaran berlaku apabila si mati mengesyaki
teman lelakinya ada wanita lain sebelum dia berlari keluar dari rumah pada
kira-kira jam 1 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Susulan itu Afzanizar berkata, rakan-rakannya kemudian mencari pelajar itu di
sekeliling kawasan penginapan universiti.
“Pada kira-kira jam 1.30 pagi, rakan-rakannya menjumpai mayat mangsa di atas
tanah di belakang Blok D pangsapuri terbabit.
“Siasatan polis dibuat di setiap tingkat Blok D yang kosong dan telah
menjumpai sepasang selipar di atas simen dan satu cermin mata putih di atas
tembok berhampiran tangga di tingkat 18 Blok D.
“Mangsa dipercayai telah membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat 18 blok
berkenaan,” katanya.
![]() |
Pelajar dipercayai belajar di UTEM, kejadian dipercayai berlaku di Kolej Kediaman di Bukit Beruang, Melaka. |
Join our Telegram Channel