Selepas 4 hotel, PN jual Menara MIDF pula, di lokasi segitiga emas pula tu – Najib



Ini musim jual bangunan milik GLC di segitiga emas Kuala Lumpur kepada Singapura ke?

Dua minggu lalu, penjualan hotel 4 bintang 400 bilik milik LTAT kepada syarikat Singapura yang dimulakan masa PH akhirnya telah diluluskan kerajaan PN.

Diskaun 10% pula diberi sebab sektor hotel lemah akibat Covid. Harga jatuh daripada RM197 juta ke RM177 juta.


Dulu Mat Sabu suruh saya jangan fitnah tentang penjualan hotel ini tapi akhirnya hotel yang sama dijual penjual yang sama kepada pembeli Singapura yang sama dengan harga yang sama (sebelum diskaun 10% Covid). Apa kata Mat Sabu sekarang? :

"4 Mac 2019: Stop spreading 'fake news' on hotel sale, Defence Ministry tells Najib". Rujuk di sini.

Hari ini pula dilaporkan bahawa  bangunan MIDF 21 tingkat yang juga terlekat di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang turut dijual PNB kepada satu lagi syarikat Singapura dengan harga RM140 juta.


Kita bayar ganti rugi RM300 juta hingga RM700 juta kepada Singapura sebab kita batalkan perjanjian HSR.

Lepas itu, Singapura beli bangungan-bangunan milik kita yang terletak di lokasi termahal negara pulak?

Ini segitiga emas Kuala Lumpur, Malaysia atau segitiga emas Singapura?

– Najib Razak







Join our Telegram Channel
Telegram