Bila bercerita mengenai kebersihan makanan, orang kita mungkin antara yang
paling sensitif mengenainya.
Apa-apa sahaja yang dilihat kurang bersih dalam pengendalian makanan pasti
akan menjadi bualan terutamanya di media sosial.
Seperti yang berlaku kepada Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal
(WAF) baru-baru ini -yang dirakam mengambil dan memegang pisang goreng di
sebuah gerai tanpa menggunakan pengepit.
Mengambil pisang goreng tanpa pengepit adalah okay jika ia diambil dari
pinggan atau plastik yang telah disediakan.
Tetapi apa yang dilakukan beliau adalah mengambil makanan itu daripada dulang
atau bekas bersama pisang goreng yang baru siap dimasak dan untuk dijual
dengan menggunakan tangan.
Tindakannya itu mengambil dan menyentuh makanan yang disediakan untuk dijual
itu tanpa pengepit atau apa-apa sahaja peralatan mencetuskan kritikan dalam
kalangan netizen yang rata-ratanya menganggap ia sebagai kurang bersih (dan
kurang sopan).
Tuan kedai pun terkejut
Tambah mengejutkan, kejadian tersebut bukan sahaja tular di media sosial
dengan pelbagai teguran daripada netizen, tetapi ia turut mengundang reaksi
terkejut daripada tuan kedai.
Menerusi satu komen yang dibuat di Facebook- di bawah gambar tersebut, seorang
wanita dikenali sebagai Nurul Asyikin Roshidan yang mengaku dirinya pemilik
gerai itu juga terkejut dengan tindakan timbalan menteri itu.
“Hai, saya pemilik kedai pisang goreng yang tular ini. Kami pun terkejut juga
masa depa (mereka) datang serbu semalam,
“Penuh keliling kedai, tak tahu nak kata apa. Yang lawaknya kami pun tak kenal
dia tu siapa,” jelasnya mengenai kedatangan timbalan menteri itu.
Mengulas mengenai tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang mengamil pisang goreng itu
tanpa pengepit, beliau menjelaskan perkara itu sebagai ‘kurang sopan’.
Ia dijelaskan melalui satu balasan kepada komen yang diberikan netizen
mengenai perkara berkenaan dalam hantaran yang sama di Facebook.
Join our Telegram Channel