WASHINGTON: Twitter Inc memaklumkan pada Jumaat telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan.
"Selepas meneliti dengan lebih dekat beberapa Tweet baru-baru dari akaun @realDonaldTrump dan maksud disebalik muat naik tersebut, kami menutup terus akaun tersebut bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan," kata syarikat berkenaan dalam muat naik terbaharu di akaun Twitter.
Gergasi media sosial telah mengambil tindakan ke atas akaun Donald Trump susulan keganasan yang memuncak pada Rabu.
Facebook Inc dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata ia telah menggantung akaun Presiden Amerika Syarikat itu sehingga berakhir tempoh kepimimpinan beliau sebagai presiden.
Trump dijangka akan melepaskan jawatannya kepada Joe Biden pada 20 Januari.
Sehingga kini, tiada kenyataan dikeluarkan White House berhubung perkara tersebut.
Pada Jumaat, Twitter turut memaklumkan dua muat naik Trump yang dikeluarkan pada hari tersebut melanggar polisi syarikat itu.
After close review of recent Tweets from the @realDonaldTrump account and the context around them we have permanently suspended the account due to the risk of further incitement of violence.https://t.co/CBpE1I6j8Y
— Twitter Safety (@TwitterSafety) January 8, 2021
The shocking events of the last 24 hours clearly demonstrate that President Donald Trump intends to use his remaining...
Posted by Mark Zuckerberg on Thursday, 7 January 2021
Join our Telegram Channel