KUALA LUMPUR: Anggota polis yang dikatakan mengugut untuk menyaman seorang
wanita jika dia tidak ‘angkat baju,’ sudah dikeluarkan daripada penugasan
sekatan jalan raya (SJR).
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya
berkata tindakan lanjut akan diambil terhadap anggota polis berkenaan.
“Tindakan awal yang diambil adalah mengeluarkan anggota polis terlibat kes ini
daripada penugasan SJR (tetapi) tidak digantung tugas,” katanya.
Beliau berkata suspek ketika ini sedang melakukan penugasan di bahagian
pentadbiran sementara siasatan kes berjalan.
Sabtu lalu, seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dia mangsa gangguan
seksual seorang anggota polis ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Duta.
Wanita berusia 24 tahun itu berkata anggota polis itu memintanya mengangkat
blaus dipakainya jika tidak mahu dikenakan saman.
“Pada masa itu, saya lupa membawa lesen saya,” katanya menerusi bebenang di
Twitternya bagi memperincikan kejadian itu.
Wanita itu berkata, dia terkejut dengan kejadian itu, sambil menambah polis
sepatutnya melindungi rakyat, bukannya mengganggu mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel