PETALING JAYA- Penggodam laman sesawang, Anonymous Malaysia mula menggerakkan
serangan siber tengah malam tadi selepas memberi ugutan kedua kepada kerajaan
minggu lalu.
Menerusi status dimuat naik di laman Faceebook Anonymous Malaysia, mereka
mendakwa mula menyerang beberapa portal kerajaan sejak malam tadi.
Dakwanya, antara yang menjadi sasaran kumpulan dikenali ‘cyberpunk’ itu
termasuklah portal Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Turut terlibat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan
Majlis Perbandaran Selayang.
Minggu lalu, Anonymous Malaysia kembali muncul menghantui laman web dan aset
dalam talian selepas lima tahun berdiam diri.
Kemunculan kembali kumpulan itu dibuktikan menerusi satu video berdurasi 2.29
minit yang dikongsikan di laman sosial Facebooknya.
Join our Telegram Channel