MELAKA – Suspek yang juga
bapa tiri
kepada kanak-kanak yang ditemui maut dipercayai akibat didera dalam kejadian
di Taman Krubong Jaya, Jumaat lalu pernah didakwa di Mahkamah Majistret di
sini atas kesalahan memukul isterinya, pada 8 September 2020
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali mengesahkan perkara tersebut
dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka,
Bukit Beruang, di sini, hari ini.
“Kita mengesahkan suspek lelaki iaitu bapa tiri mangsa pernah didakwa di
Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas kesalahan memukul isterinya.
“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes ini,” katanya ringkas.
Terdahulu, dalam pendakwaan tersebut, suspek berusia 38 tahun terbabit
dihadapkan atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, yang
ketika itu berusia 31 tahun dengan cara memukul bahagian pipi kanan
menggunakan tangan.
Kesalahan itu dilakukan suspek di dalam sebuah rumah di Jalan KJ19 Taman
Krubong Jaya dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 3 September
lalu.
Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang
dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun
ditemui meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu dan bapa tirinya
dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Jumaat lalu.
Kematian mangsa telah dilaporkan oleh bapa tirinya kepada pihak polis, namun
mendakwa kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat lemas di dalam tong air
setinggi 0.6 meter di rumah mereka, kira-kira pukul 4 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman
berkata, sepasukan polis telah ke lokasi dan pemeriksaan pada tubuh badan
mangsa terdapat kesan kecederaan akibat didera.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak
berusia tujuh tahun dan pemeriksaan lanjut pada fizikal badannya terdapat
kesan lebam serta kecederaan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mati didera, ibu, bapa tiri lapor konon anak lemas
- [Video] Kalau tahu saya tak serah kepada ibu kandung dia
- Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak sebelum mati didera
- Ibu kandung arwah adik Amir ada masalah mental, dedah kawan
- Mahu tuntut jasad adik Amir, keluarga angkat terkilan dengan layanan pihak sana
- Ibu kandung arwah Amir bukan pesakit mental – Polis
- Suasana pilu di Hospital Melaka tunggu bedah siasat arwah adik Amir
- Banyak kecederaan baru dan lama, Amir meninggal anggaran 2 jam, bukan 2 hari – Polis
- Amir dikebumikan di Jasin Melaka
- Bapa tiri Amir pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan memukul isteri
Join our Telegram Channel