Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan dia ada meninggalkan komen
berbentuk hinaan pada hantaran Facebook Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
semalam.
Kata Ahmad Zahid cercaan berkenaan tular di media sosial termasuk di WhatsApp
namun ia adalah fitnah.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut," katanya.
Sejak akhir-akhir ini kemunculan Muhyiddin di media sosial banyak menarik
perhatian dengan sesetengahnya membuat komen berbentuk hasut maya atau
kecaman.
Ia berlaku ketika Muhyddin mempertahankan tindakan kerajaan Perikatan Nasional
memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong agar darurat diisytiharkan,
manakala parlimen pula digantung.
Ia mendapat kritikan perlbagai pihak termasuk dalam kalangan pemimpin Umno.
Kecaman turut dilontarkan pengguna media sosial dalam akaun Facebook Presiden
Indonesia Joko Widodo ketika Muhyiddin melakukan lawatan rasmi ke Indonesia
pada minggu lalu.
Ahli parlimen Bagan Datuk itu menjelaskan dia percaya ada pihak tertentu yang
sengaja meninggalkan komen seumpama itu - yang dianggapnya biadab -
menggunakan nama dan gambar profilnya bersama niat yang jahat.
Mungkin juga kata Ahmad Zahid ada pihak yang menyunting imej komen berkenaan
dan mengubah suainya untuk menunjukkan seolah-olah dia yang menulis komen
berbentuk cercaan kepada Muhyiddin.
"Tindakan seperti itu jauh daripada amalan dan prinsip hidup saya. Kita perlu
berbudi bahasa dengan semua meskipun berbeza pendirian politik.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang ini berlegar di media sosial termasuk di aplikasi WhatsApp kononnya saya...
Posted by Zahid Hamidi on Tuesday, 9 February 2021
Join our Telegram Channel