PENDAKWAH Islam Ebit Lew tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan misi bantuan
kepada penduduk di pulau-pulau sekitar Lahad Datu, Sabah.
Ebit yang sebelum ini telah membantu pengIslaman lebih 600 orang kaum Bajau
Laut berkata beliau boleh dikenakan denda atau penjara sekiranya meneruskan
misi tersebut.
Pendakwah tersebut meminta maaf kepada penduduk terbabit dan memaklumkan
terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat
setempat yang beliau rancang.
“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Lahad Datu yang
saya Islamkan.
“Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina
sekolah. Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau
di Lahad Datu. Minta diberhentikan bantuan disekitar sini.
“Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara
3 tahun,” kata Ebit dalam hantaran terbaharu di Facebooknya.
Pendakwah tersebut telahpun membeli kayu dan bahan untuk pembinaan tiga buah
sekolah.
Dia juga telah mengumpulkan tujuh orang guru bagi tujuan pendidikan dan
mengajar agama kepada penduduk yang telah di Islamkan.
“Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya
minta maaf yer ustaz ustazah semua.
“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke
pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam
keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua.
Saya maafkan semua.
Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Terima kasih semua.
Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan
kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” kata Ebit.
Ebit bagaimanapun tidak memberitahu mengapa beliau tidak dibenarkan untuk
meneruskan penghantaran bantuan kepada penduduk di pulau berkenaan.
Bagaimanapun halangan itu berlaku selepas dia membantu mengIslamkan 157 orang
kaum Bajau Laut kelmarin, dan sekali lagi membantu 490 orang kaum
tersebut dari empat buah kampung memeluk Islam semalam.
Menurut Ebit, kaum Bajau Laut yang tinggal di atas air di kawasan lautan di
negeri itu majoritinya tidak mempunyai agama.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Ebit Lew beli 100 tab untuk pelajar yang memerlukan
- Ebit Lew pasang internet di Lahad Datu
- Ebit Lew mulakan misi 10 hari hantar bantuan di Sabah
- Siapa Tuhan? Tuhan tu apa? Ebit Lew Islamkan lebih 150 suku Bajau Laut
- Ebit Lew dikecam tukar bantuan dengan masuk Islam
- Ebit Lew tak dibenar teruskan bantuan di pulau Lahad Datu
- Program Ebit Lew dihentikan atas faktor keselamatan
Join our Telegram Channel