IPOH – Tujuh pekerja syarikat kurier J&T Express Perak hari ini membuat
permohonan maaf berikutan satu rakaman video yang tular menunjukkan barangan
pelanggan mereka dicampak di salah satu gudang mereka sejak semalam.
Dalam video berdurasi 57 saat yang dimuat naik melalui Facebook J&T
Express Malaysia – Perak, salah seorang daripada mereka menafikan terdapat isu
dalaman mereka dengan pihak J&T Express atau masalah pemotongan gaji.
“Kebelakangan ini tular satu video di media sosial tentang pekerja tidak
mengikut SOP (prosedur operasi standard) dan mencampak barang pelanggan.
“Kami ingin memohon maaf dan menjelaskan bahawa tiada isu dalaman atau
potongan gaji antara syarikat dan pekerja J&T Express Perak,” katanya.
Menurutnya, mereka juga tidak melakukan tindakan mogok seperti dakwaan yang
tular.
“Kami sekali lagi ingin memohon maaf kerana menjejaskan nama pihak syarikat
dan menjejaskan barang-barang rakyat Malaysia.
“Kami sedaya-upaya akan hantar barangan pelanggan secepat mungkin,” katanya.
Sementara itu, J&T Express Malaysia Perak dalam kenyataannya meminta maaf
atas sikap pekerja mereka dalam mengagihkan bungkusan dengan ganas dan tidak
menyenangkan.
“Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada para
pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel