JAKARTA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan sambutan negara di
Istana Merdeka di sini, pada hari ini (Jumaat), sempena lawatan rasmi dua hari
ke Indonesia.
Muhyiddin tiba di istana berkenaan pada pukul 10.30 pagi dan disambut oleh
Presiden Indonesia Joko Widodo.
Muhyiddin kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat oleh Pasukan Keselamatan
Presiden Indonesia.
Perdana Menteri tiba di Jakarta pada Khamis bagi memulakan lawatan rasmi yang
menandakan hubungan erat selama 62 tahun antara kedua-dua negara.
Ini merupakan kunjungan pertama Muhyiddin ke negara Asia Tenggara setelah
menjawat jawatan Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.
Muhyiddin kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata dengan Jokowi, panggilan
mesra Presiden Indonesia itu dan lawatan ini akan menjadi platform bagi
kedua-dua pemimpin untuk memperkukuhkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala
antara Malaysia dan Indonesia.
Kedua-dua pemimpin itu kemudian akan mengadakan sidang media bersama selepas
perbincangan berkenaan.
Pertemuan ini akan membolehkan Malaysia untuk mengetengahkan dasar dan
pendirian terkini kerajaan, terutama mengenai isu-isu berkaitan kepentingan
dan manfaat bersama.
Sementara itu halaman facebook Jokowi mula diserang oleh netizen.
Namun serangan itu bukanlah ditujukan kepada Jokowi sebaliknya ditujukan
kepada Muhyiddin.
Pelbagai kecaman diberikan kepada Muhyiddin berikutan pelbagai isu yang tidak
dapat diselesaikan oleh Perdana Menteri Malaysia itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Saya dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin siang ini membahas isu kawasan, terutama mengenai...
Posted by Presiden Joko Widodo on Friday, 5 February 2021
Join our Telegram Channel