SHAH ALAM: Pengasas Sugarbook, Chan Eu Boon mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Majistret atas dakwaan membuat kenyataan mengelirukan di platform media
sosialnya berkait “sugar baby”.
Chan, yang juga dikenali sebagai Darren Chan, berdepan satu pertuduhan bawah
Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Dia didakwa menggunakan laman web technave.com untuk menyiarkan catatan “Top
10 Sugar Baby Universities in Malaysia”, dengan niat menimbulkan kegusaran
awam.
Dia berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Sabreena Bakar @ Bahari membenarkan Chan diikat jamin RM10,000
dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Shahruddin mewakili pihak
pendakwaan, manakala Chan diwakili peguam T Shashi Dewan.
Chan direman sejak 19 Feb lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 505(b)
Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Semalam, timbalan pendakwa raya berkata, mereka akan meneruskan pertuduhan
terhadap Chan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Polis menjalankan siasatan ke atas laman web itu selepas ia didakwa menamakan
10 universiti awam dan swasta mempunyai paling ramai pelajar menjadi “sugar
baby” di Malaysia untuk mendapatkan “sugar daddy” membiayai kehidupan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel