SHAH ALAM: Polis menahan 11 individu dipercayai terbabit dalam aktiviti
menggodam sistem komputer kerajaan dalam tujuh serbuan di seluruh negara,
semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata antara yang
ditahan adalah pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia.
Semua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun, beliau dipetik
berkata oleh Harian Metro.
Beliau berkata serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)
Bukit Aman selepas risikan dan intipan sejak seminggu lalu,
Tangkapan dibuat ekoran ugutan dan ancaman oleh kumpulan berkenaan untuk
menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
“Pada masa ini pihak polis masih lagi dalam proses menjalankan siasatan dengan
lebih lanjut untuk mengenal pasti saki-baki suspek lain sebelum proses
tangkapan susulan dilakukan,” katanya.
Acryl Sani berkata, semua suspek yang ditahan disyaki menjalankan serangan
siber terancang terhadap laman web kerajaan dan swasta.
“Siasatan kita setakat ini tidak menolak kemungkinan 17 laman web yang sudah
diceroboh,” katanya.
Join our Telegram Channel