PETALING JAYA: Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, memaklumkan talian
telefon bimbitnya dipercayai digodam pihak tertentu sejak pagi tadi.
Sehubungan itu, laporan polis akan segera dibuat bagi mengelakkan sebarang
perkara tidak diingini berlaku.
“Saya memohon berbanyak-banyak maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba
berkomunikasi dengan saya menerusi talian telefon bimbit tersebut,” kata
beliau dalam kenyataan.
Join our Telegram Channel