![]() |
Dari kini, Mohamad Hanafiah Zakaria, Tommy Thomas. |
SHAH ALAM – Polis Selangor membuka siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan
Sri Tommy Thomas berhubung unsur fitnah terhadap seorang lagi bekas peguam
kanan di Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, unsur
fitnah tersebut adalah berkaitan buku Thommy berjudul ‘My Story: Justice in
the Wilderness’.
“Laporan polis diterima daripada Mohamad Hanafiah di Balai Polis Cyberjaya,
semalam.
“Polis akan memanggil Tommy secepat mungkin bagi merakam percakapan dan kes
disiasat mengikut Seksyen 500 kerana menfitnah,” katanya dalam kenyataan hari
ini.
Terdahulu media melaporkan, Tommy menerusi halaman 248 buku itu telah
mempersoalkan kredibiliti Mohamad Hanafiah dalam perbicaraan melibatkan
penyalahgunaan dana di bekas 1Malaysia Development Berhad (1MDB ) anak
syarikat, SRC International Sdn Bhd, oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri
Najib Razak.
“Thomas mengatakan bahawa dia tidak yakin Mohamad Hanafiah dan pegawai kanan
lain “mampu memimpin dan mengawasi jumlah persiapan yang luar biasa yang
diperlukan untuk perbicaraan SRC”.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kenapa Tommy tak tulis pasal gugur kes Guan Eng, dakwa musuh politik Dr M? tanya Najib
- Tommy Thomas dedah Dr M, Guan Eng, IGP tak layan cadangan untuk tangkap Jho Low
- Tuduh bunuh Altantuya, Najib tuntut Tommy tarik balik dakwaan, tuntut ganti rugi RM10 juta
- Tommy Thomas disiasat kerana memfitnah
- Tommy langgar sumpah – Ahmad Zahid
- UMNO lapor polis buku Tommy Thomas
Join our Telegram Channel