Polis sedang menyiasat seorang anggota dewan undangan dari sebuah negeri di
utara Semenanjung atas tuduhan mencabul seorang pembantu kedai wanita dua
minggu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Khalid Othman, wanita itu telah
membuat laporan polis pada 16 Mac yang mendakwa bahawa ahli politik
pembangkang itu telah bertindak tidak sopan ketika mereka keluar membeli-belah
di sebuah kompleks beli-belah di Sunway Pyramid.
"Wanita berusia 31 tahun itu mengatakan bahawa semasa sedang berjalan-jalan
pada 8 Mac sekitar 8.40 malam, suspek didakwa secara tiba-tiba cuba memegang
tangan pengadu tetapi telah ditepis oleh pengadu.
"Kemudian semasa pengadu berada di dalam kereta suspek untuk pergi makan,
suspek bertindak meraba, menarik bahu pengadu dan memegang tangan pengadu
tetapi telah ditolak oleh pengadu.
"Walaupun suspek tahu pengadu tidak senang dengan situasi itu, suspek tetap
melakukannya. Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu
sesiapa tentang kejadian itu," kata Khalid.
Khalid menambah bahawa susulan laporan yang diterima, polis telah memanggil
Adun berkenaan untuk membantu siasatan.
Dia datang untuk memberikan kenyataan kepada polis pada 18 Mac.
Polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,
undang-undang yang menetapkan kesalahan berhubung dengan menggunakan kekerasan
untuk memalukan kesopanan seseorang.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat ahli politik cium, cabul isteri orang di bilik sebelah jam 1 pagi
- Polis sahkan siasat ahli politik dari Pantai Timur cium, raba dada, cabul wanita
- Adun pembangkang disiasat raba, cabul dalam kereta
- Adun Amanah Kedah kantoi raba, cabul Wanita PKR dalam kereta
- Faiz Fadzil mengaku disiasat tuduhan raba, cabul wanita PKR dalam kereta
- Bekas Adun Air Putih nafi raba dada, cabul isteri kawan
Join our Telegram Channel