PETALING JAYA – Seorang jurulatih kesihatan yang sebelum ini pernah didakwa
menjadi kekasih usahawan kosmetik, Nur Sajat selamat mendirikan rumah tangga
dengan wanita pilihan hatinya.
Gambar majlis pernikahan Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin Mohd
Adanan telah dikongsi isterinya yang dikenali sebagai Yeen Azmin di laman
Instagramnya hari ini.
Menerusi perkongsian itu, majlis pernikahan pasangan tersebut telah
berlangsung di sebuah kawasan di Kota Bharu, Kelantan yang dihadiri oleh ahli
keluarga dan kenalan rapat.
Gambar di Instagram juga menunjukkan pasangan tersebut lengkap mengenakan
busana sedondon berwarna putih.
Difahamkan kisah pasangan ini mula tular sejak tahun lalu akhirnya selamat
bergelar suami isteri.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen gembira dengan berita pernikahan
pasangan tersebut dan mereka turut mengucapkan tahniah kepada Coach Yin dan
isterinya.
Pada masa sama, netizen turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal
bahagia.
Selain itu, mereka juga bersyukur kerana Coach Yin akhirnya kembali ke
‘pangkal jalan’ dan memilih wanita ‘tulen’ untuk dijadikan pasangan hidup.
Sebelum ini, Coach Yin ada berkongsi foto Azreen apabila menghadiahkan wanita
itu seutas jam tangan.
Malah lelaki itu juga memberi bayangan akan mengahwini Azreen.
Join our Telegram Channel