Detik menyayat hati dua beranak mati lemas dalam kereta berjaya dirakam secara tidak sengaja



SILALAH TAMPIL…Polis meminta saksi kejadian sebuah kereta terbabas memasuki dan tenggelam di Tasik Serdang, Kedah pada Ahad lalu, untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata, siasatan awal mendapati dua mangsa meninggal dunia di tempat kemalangan dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk bedah siasat, lapor Sinar Harian.


Katanya, mereka yang mengetahui tentang kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Faris Jusoh di talian 04-4076603.

Dalam kejadian itu, dua beranak Hasmah Mat Isa, 69 dan anaknya, Noraiza Hashim, 28 ditemui lemas apabila kenderaan Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Tasik Serdang dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang.


Apa yang menyayatkan hati adalah, arwah Noraiza sebelum itu dirakam memasuki kereta yang semakin tenggelam dalam usaha menyelamatkan ibunya, namun tidak keluar sehingga kereta itu terbenam di dalam tasik.

Beberapa orang awam juga cuba menyelamat kedua-dua mangsa tapi gagal. – BebasNews / Cinca



Please subscribe










Join our Telegram Channel
Telegram