Baru-baru ini, masyarakat London dikejutkan dengan berita seorang remaja
lelaki bernama Hussain Chaudhry dilaporkan meninggal dunia sewaktu melindungi
ibunya daripada ditikam perompak.
Kejadian itu berlaku di hadapan rumahnya yang terletak di Lea Bridge Road,
Walthamstow pada hari Rabu lalu.
Memetik laporan The Sun, keluarga tersebut menjual pakaian secara atas talian.
Pada hari kejadian, dua orang remaja datang ke rumah mereka ‘kononnya’ ingin
melihat dan membeli barang jualan.
Bagaimanapun, perkara sebaliknya pula berlaku apabila mereka cuba untuk
mencuri pakaian yang dijual.
Jadi, berlakulah pergaduhan di mana ahli keluarga berusaha melindungi diri
daripada penjenayah tersebut tambahan lagi apabila mereka mengeluarkan pisau.
Sewaktu bergelut antara satu sama lain, Hussain cuba menghalang dan melindungi
ibunya dari ditikam oleh kedua-dua penjenayah itu.
Namun nasib tidak menyebelahinya apabila pisau yang tajam tersebut ditusuk ke
lehernya. Lantaran itu, dia rebah sambil memegang luka di lehernya.
Difahamkan lagi selepas kejadian berkenaan, ibu dan abangnya telah ditemui
oleh orang ramai dengan kesan hirisan pada tangan mereka.
Sejurus itu, mereka dikejarkan ke hospital dengan segera, namun tidak
mengalami kecederaan parah. Malangnya, Hussain menghembuskan nafas terakhir di
tempat kejadian.
Rentetan dari peristiwa itu, kakaknya, Afia Ahmed Chaudry meluahkan perasaan
sedih bagi mengenang pemergian adik kesayangannya menerusi Twitter.
“Semalam, adik lelaki saya meninggalkan dunia dalam dakapan ibu kami, sama
seperti keadaan sewaktu dia baru lahir ke dunia.
“Dia maut melindungi keluarganya. Matanya bersinar, wajahnya tidak menunjukkan
sebarang kesakitan, dia berada dalam ketenangan.
“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Awak dah tiba di
‘rumah’, dik. Kami akan berjumpa awak tak lama lagi,” tulisnya sayu.
Selain itu, seorang kenalan @Faizavelli mendedahkan sewaktu kejadian meskipun
Hussain sedang bertarung nyawa menahan kesakitan selepas ditikam, dia cuba
menguatkan diri untuk menenangkan ibunya semasa dalam dakapan ibunya.
“Hussain seperti singa. Sewaktu ajalnya makin hampir dia sempat berkata kepada
ibunya, ‘jangan risau ibu, panggil sahaja ambulans’. Kemudian dia mendongakkan
kepala, merenung ke syurga (langit) dengan penuh tenang dan mengucap syahadah
buat kali terakhir,” ujarnya.
Berkongsi cerita tentang keperibadian Hussain sewaktu hayatnya, seorang lagi
individu @ruqaiya_h mengatakan dia merupakan seorang anak yang baik dan tidak
pernah tinggal solat.
“Dia tak tinggal solat dan sangat rapat dengan semua ahli keluarga. Dia
merupakan seorang pelajar jurusan undang-undang di Universiti SOAS.
Keluarganya pula adalah golongan baik-baik dan suka menjemput sesiapa sahaja
datang ke rumah,” tambahnya lagi.
Berikutan berita sedih pemergian salah seorang pelajarnya, Universiti SOAS
telah melancarkan tabung amal untuk membina sebuah perigi sebagai satu amal
jariah berterusan buat arwah Hussain.
Sehingga kini, kes pembunuhan tersebut masih dalam siasatan pihak polis dan
kedua-dua penjenayah berkenaan sedang diburu. – Borakdaily
Yesterday my beautiful baby brother left this world the same way he came
in, cradled in my mother's arms. He died defending his family. His
eyes were bright, his face showed no pain, he was at peace. To God we
belong & to Him we return. You're home now baby, I'll see
you soon.🌹
Inna lilahi wa inna ilayhi raji'un. "Hussain was a lion.
He said ‘don’t worry mum - just call an ambulance’ and then he looked up
to the heavens peacefully and said his Shahada" May Allah
grant him the highest level of jannah. Ameen
Blessed Hussain martyred like his namesake, protecting his family,
standing up against evil. Allah raise his rank. These are the best
people I know. Don't know what to say about this tragedy
https://t.co/xWczGtw917