Hari ini, negara UAE umum pelaburan US$10 bilion (RM41 bilion) kepada
Indonesia.
Ini selepas pelaburan terdahulu bernilai RM93.5 bilion dari UAE ke Indonesia
pada bulan Januari tahun 2020 lepas.
Jumlah RM134.5 bilion dilabur UAE ke Indonesia tetapi tiada satu sen pun
dilabur oleh UAE ke Malaysia sejak PRU14.
Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh
syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi, UAE.
Dari tahun 2015 hingga 2017, saya telah membuat dua perjanjian penyelesaian
dengan Abu Dhabi untuk mendapat kembali dana dari mereka tanpa menuduh secara
terbuka bahawa pihak-pihak mereka telah mengelapkan dana 1MDB demi menjaga
hubungan antara kedua negara kita.
Perjanjian penyelesaian muktamad pada tahun 2017 yang diusahakan oleh kerajaan
BN dahulu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua
wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30
Disember 2020.
Kalau niat utama kerajaan PH dahulu adalah untuk mendapat kembali segala wang,
perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.
Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya
dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali segala
yang didakwa hilang.
DOJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan
cara sedikit demi sedikit.
Tetapi niat kerajaan PH dahulu berlainan.
Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir
tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.
Jadi, saya agak kecewa bahawa perjanjian penyelesaian ini tidak diteruskan
oleh kerajaan PN walaupun Sarawak Report turut membuat spekulasi apabila PM8
melawat UAE pada bulan lepas bahawa kerajaan PN akan menyelesaikan dengan IPIC
dengan menerima bayaran yang murah dari UAE.
"8 Feb 2021: Abu Dhabi Cheap Settlement Looks Imminent To Get Royals Off
The Hook". Rujuk di
sini.
(Ini juga kali pertama Sarawak Report mengaku bahawa wujudnya perjanjian
penyelesaian ini dan Najib cuba mendapat kembali dana yang didakwa hilang dari
1MDB)
Paling pelik pula ialah geng-geng PH juga tak tertanya-tanya juga kenapa
perjanjian penyelesaian dengan UAE ini tidak diteruskan.)
PH tak mahu sebut pun perjanjian penyelesaian ini sebab ianya bercanggah
dengan propaganda PH terhadap saya.
Sebab itu, kerajaan PH dahulu batalkan perjanjian penyelesaian dengan kerajaan
Abu Dhabi itu walaupun ianya bermakna negara akan rugi.
Sebab itu juga, kerajaan PH rela untuk saman kerajaan Abu Dhabi di London
berhubung dengan dana 1MDB itu dan sanggup merosakkan hubungan antara dua
negera itu.
Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana
1MDB. Wang tak hilang.
Jika perjanjian batal dan kita saman IPIC maka dana itu pun diklasifikasikan
sebagai dana hilang dan haram.
Malah SPRM di bawah kerajaan PH lebih rela untuk membongkarkan rakaman
perbualan telefon peribadi saya dengan putera Abu Dhabi apabila kita berdua
cuba menyelesaikan masalah 1MDB-IPIC.
Sebab itu juga, kerajaan Abu Dhabi lebih rela untuk melabur RM134.5 bilion
dengan negara jiran Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.
Dan kerana itu juga, Guan Eng tak pernah berani untuk mendedahkan perjanjian
penyelesaian IPIC.
Kerana apabila didedahkan, klausa untuk mendapat kembali semua dana yang
dihilang sebelum akhir tahun ini akan terdedah kepada Rakyat.
Dan dengan itu, Najib bukan lagi perompak dan penyamun dana 1MDB.
Itu tak boleh!
Sebab itu, kerajaan PH sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui
DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa
hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.
Sebab itu, kerajaan PH sanggup rosakkan hubungan antara Abu Dhabi dengan
Malaysia sehingga Abu Dhabi melabur RM133.5 bilion di Indonesia dan tak labur
satu sen pun di Malaysia.
Negara kerugian besar tak apa.
Asalkan propaganda bahawa Najib adalah perompak dan penyamun 1MDB boleh
diteruskan oleh PH.
(Tonton video 11 Nov 2018 ini apabila saya tanya tentang perjanjian itu. Tak
seorang dari PH pun berani sangkal saya. Semua terdiam - termasuk Jelutong dan
Guan Eng yang ada dalam dewan. Rujuk di
sini.)
Join our Telegram Channel