Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan bahawa penganut
Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga
perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan
pendidikan.
Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.
Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin yang
bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan
kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian,
Jill Ireland Lawrence Bill.
Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa
adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam
menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti
yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Kementerian Dalam Negeri
pada 1986 yang melarang kalimah 'Allah' dalam penerbitan Kristian sebagai
tidak berperlembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.
Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata, arahan oleh Kementerian Dalam Negeri
pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi
undang-undang dan tidak rasional.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel