DITAWAR RM10 JUTA & JAWATAN, CUBAAN BELI AHLI PARLIMEN SEKIJANG GAGAL!
"SAYA TIDAK MENYOKONG MUHYIDDIN YASSIN" - YB HJH NATRAH ISMAIL
Menurut maklumat yang Ops Johor terima, Ahli Parlimen yang melompat akan
diberikan habuan sebanyak RM10 juta seorang dan jawatan tertinggi didalam
kerajaan.
Beberapa individu yang diketuai oleh seorang yang bergelar "Dato Seri" sedang
giat aktif dalam aktiviti beli membeli ini demi satu matlamat untuk
menyelamatkan kerajaan Muhyiddin Yassin yang kini berada dihujung tanduk.
Kenyataan Media Ahli Parlimen Sekijang pada 4hb Mac 2021
Tolak Pengkhianatan, Teguh Dalam Perjuangan
Semalam, 3hb Mac, saya telah dikunjungi dua individu termasuk seorang yang
bergelar ‘Dato’ Seri’.
Dalam pertemuan itu, mereka menceritakan bagaimana saya telah melakukan kerja
yang baik di Sekijang dan keinginan mereka untuk membantu saya meneruskan
usaha sebagai seorang Ahli Parlimen.
Mereka bertanya apakah saya berminat untuk memberi sokongan kepada Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta manfaat yang boleh diperolehi dengan
pemberian sokongan tersebut.
Saya dengan terang dan jelas menjawab bahawa saya tidak berminat untuk
menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menolak tawaran mereka.
Bagi saya, tiada erti mendapat manfaat apa sekalipun jika saya berpaling tadah
dari perjuangan Reformasi dan melanggar sumpah yang telah saya lafaz apabila
menjadi seorang Ahli Parlimen.
Saya telah melaporkan perkara ini kepada pucuk pimpinan KEADILAN. Ini kerana
saya percaya usaha jahat untuk menawar habuan dan jawatan atau mendesak serta
mengugut Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN serta pembangkang amnya terus berjalan.
Jelas kerajaan minoriti hari ini bersedia melakukan apa sahaja, kecuali
menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen segera.
Lawan tetap lawan!
YB Hjh Natrah Ismail
Ahli Parlimen Sekijang
ARTIKERL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel