GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan isu wakil rakyat
lompat parti akan dibawa ke mahkamah walaupun ia tidak termaktub dalam
Perlembangaan Persekutuan.
Menurutnya, tidak wajar bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempertahankan
tindakan wakil rakyat sedemikian sekiranya mereka mendakwa sebagai sebuah
pentadbiran yang berpegang pada prinsip-prinsip bersih.
“Sebagai seorang beragama Islam, murtad itu tidak dibenarkan kenapa lompat
parti boleh dalam politik? Kami akan tetap rujuk kes lompat parti ini ke
mahkamah,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang hari ini.
Mengulas isu yang sama, Guan Eng juga menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung
Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung isu lompat parti jelas melanggar
prinsip pemimpin partinya terdahulu.
“Kenyataan Takiyuddin itu memang tidak patut dan jelas melanggar prinsip
politik yang dipertahankan pemimpin Pas seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat,” ujarnya.
Semalam, media tempatan melaporkan tindakan wakil rakyat sama ada ahli
Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti tidak boleh
dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan.
Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan undang-undang Akta Anti Lompat
Parti, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-Undang) berkata, pelaksanaan kerajaan negeri itu tersekat kerana mereka
perlu meminda Perlembagaan.
“Akta Anti Lompat Parti di Pulau Pinang tersekat kerana pindaan Perlembagaan
Persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Join our Telegram Channel