PETALING JAYA: “Bukan gagal jadi Perdana Menteri (PM), cuma belum lagi…” Itu
kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perihal kegagalan beliau
berulang kali menjadi PM.
Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu cukup yakin harapan untuk
menjadi pemimpin nombor satu negara masih ada.
Malah Presiden PKR itu menegaskan beliau masih calon PM bagi Pakatan Harapan
(PH).
Bagaimanapun, kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, terdapat
segelintir pihak yang kurang senang dengan usaha beliau, terutama golongan
elit kaya yang digelarnya sebagai "tokoh yang berbillion-billion".
Bagaimanapun kata beliau, perkara itu tidak menjadi masalah kerana
keutamaannya hanya untuk menjaga kebajikan rakyat.
"Bukan gagal (jadi PM) cuma belum lagi. Saya harus terima kenyataan bahawa
saya masih jadi calon PM bagi PH, dan insya-Allah kalau boleh saya akan
teruskan untuk menjaga kepentingan terutamanya rakyat bawahan."
"Saya tahu yang kaya-kaya ada duit berbillion-billion itu memang tak berapa
setujulah. Tokoh yang berbillion-billion ini memang takut dengan saya. Saya
ingat rakyat lebih faham dan lebih selesa." katanya dalam wawancara ekslusif
bersama Mingguna Malaysia di kediamannya Rabu lalu.
Ditanya tentang faktor usia beliau yang kini sudah 74 tahun dan sekiranya
gagal lagi pada PRU-15 waktunya dilihat semakin singkat, Anwar berkata beliau
memang memikirkan dalam tempoh usia tertentu hasrat menjadi PM jika terus
tidak kesampaian ia akan dilepaskan kepada generasi baharu.
Join our Telegram Channel