Penguatkuasa DBKL hempas telefon, maki orang awam bodoh



Tular di media sosial video seorang anggota penguatkuasa DBKL memaki hamun orang awam dengan perkataan 'bodoh' selain turut merosakkan telefon pintar milik individu tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku ketika individu tersebut sedang membuat rakaman operasi DBKL membenteras peniaga warga asing di ibu nagara pagi tadi.


Video berdurasi lebih 6 minit itu juga memaparkan sedikit pertengkaran mulut antara individu terbabit dengan pihak berkuasa.

Salah seorang penguatkuasa DBKL telah merampas telefon individu tersebut yang sedang membuat rakaman lalu menghempaskan ke lantai.

Menurut individu tersebut, telefon yang baharu sahaja dibeli itu telah pecah 'screen' akibat dihempas oleh penguatkuasa DBKL tadi.


Insiden itu menarik perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan perbuatan anggota penguatkuasa terbabit.

Difahamkan, pihak polis telah memanggil individu terbabit yang dikenali sebagai Ben Mie ke balai untuk membantu siasatan mengenai kejadian tersebut. – KL Viral / Cinca



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram