Polis akan mengambil keterangan Najib Razak susulan tular video yang
memaparkan bekas perdana menteri itu tidak mematuhi prosedur operasi standard
(SOP) semasa berada di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata Najib
didapati melanggar SOP di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)
dengan tidak menjalankan imbasan suhu dan tidak mendaftar MySejahtera di
restoran itu.
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.
"Pihak polis akan memanggil kesemua yang terlibat dalam kes ini untuk memberi
keterangan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Zainal berkata kertas siasatan kemudian akan diserah kepada pejabat
pendakwa raya sejurus selepas siasatan selesai dijalankan.
Join our Telegram Channel