PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat
dakwaan oleh Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail berhubung isu
tawaran rasuah bernilai RM10 juta bagi tujuan melompat parti.
Menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, pihaknya akan
terus menjalankan siasatan terhadap isu ini dan beberapa saksi kes termasuk
keterangan Natrah akan diambil dalam masa terdekat.
“Sehubungan itu, SPRM turut menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang
spekulasi berhubung siasatan kes ini,” katanya.
Ujar beliau, SPRM hari ini menerima kehadiran Natrah di SPRM Cawangan Segamat,
Johor bagi berbincang berhubung isu tawaran rasuah berjumlah RM10 juta oleh
dua individu yang didakwa bagi tujuan memujuknya untuk melompat parti.
Jelasnya lagi, pada pertemuan itu, Natrah mengesahkan bahawa tiada tawaran
rasuah berjumlah RM10 juta sebagaimana yang didakwa menerusi kenyataan di
akaun laman sosial Facebook dikenali sebagai Ops Johor.
Sebelum ini, Natrah menerusi kenyataan akhbar berkata, beliau sudah membuat
laporan rasmi kepada SPRM berhubung perkara itu.
Menurutnya, pihaknya tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin
dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
ARTIKERL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel