PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi
individu tertua penerima vaksin Covid-19 di negara ini setakat hari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin melalui ciapannya di
akaun Twitter miliknya berkata, Ahli Parlimen Langkawi yang ketika ini berusia
96 tahun merupakan individu tertua yang menerima vaksin.
“Pada umur 96 tahun, Tun Mahathir merupakan penerima vaksin tertua di negara
ini. Kami juga berharap agar lebih ramai lagi penduduk yang berumur untuk
mendaftar pada fasa dua program imunisasi,” jelasnya hari ini.
Sementara itu, Mahathir turut mengajak bukan sahaja yang berumur sepertinya
bahkan juga rakyat yang lebih muda untuk turut bersama divaksin apabila tiba
giliran nanti.
“Selain itu sebagai warga emas saya ingin mengajak bukan sahaja yang berumur
seperti saya tetapi juga rakyat yang lebih muda untuk turut bersama divaksin
apabila tiba giliran nanti.
“Usaha ini perlu kita sokong. Kita sebolehnya mahu lebih ramai diberi vaksin
untuk membantu usaha mengekang pandemik Covid-19. Alhamdulillah, selepas
suntikan saya tidak berasa apa-apa yang luar biasa,” jelasnya dalam hantaran
di laman sosial Facebooknya hari ini.
Mahathir hari ini telah hadir ke Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah
Langkawi untuk melihat sendiri perjalanan proses vaksinasi bagi Fasa 1.
“Saya memilih untuk disuntik bersama kumpulan kedua ‘frontliners’ di sini.
Kumpulan pertama frontliners di Langkawi sudah divaksin lebih awal.
Please subscribe
Join our Telegram Channel