PETALING JAYA: Umno Kelantan mengumumkan ia memutuskan hubungan dan kerjasama
dengan PPBM, dan mahu PAS membuat keputusan “jelas dan segera” sama ada
bersama Umno atau PPBM menghadapi PRU15.
Setiausaha Akbar Salim dalam kenyataan berkata hubungan itu diputuskan dalam
mesyuarat Umno Kelantan semalam, sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12
daripada 13 mesyuarat bahagian sebelum ini.
“Umno Kelantan tetap dan terus bersolidariti,” kata Setiausaha Akbar Salim
dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Akbar juga memaklumkan pendirian Umno Ketereh pimpinan Menteri
Wilayah Persekutuan Annuar Musa, yang menghantar surat kepada Presiden Ahmad
Zahid Hamidi bagi menyatakan ketetapan untuk menyokong kerajaan Perikatan
Nasional “kes terpencil”.
“Kerana tidak melalui Badan Perhubungan Umno Kelantan,” tambahnya.
Join our Telegram Channel