KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar hari ini
mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta-merta.
Beliau yang telah bersama PKR sejak 1998 berkata, pihaknya kecewa apabila ada
parti yang terus membincangkan mengenai pilihan raya sedangkan fokus utama
sepatutnya adalah membantu rakyat.
“Saya mengumumkan perletakan jawatan sebagai naib presiden dan ahli PKR secara
serta-merta.
“Dalam keadaan negara dilanda pandemik ini, kita harus membantu kerajaan yang
telah meletakkan usaha untuk menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Terdahulu, ahli Parlimen Julau, Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen
Tebrau, Steven Choong meninggalkan PKR dan kini menjadi ahli Parlimen bebas.
Xavier kini menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan akan meneruskan
tugas beliau sebagai ahli Parlimen bebas di Kuala Langat.
ARTIKEL BERKAITAN:
- SPRM tahan timbalan pengerusi PKR Perak
- Proksi Xavier Jayakumar ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas
- Xavier Jayakumar umum keluar PKR serta-merta, sokong PN selepas proksi ditahan SPRM
- Tinggal PKR sokong PN, Xavier utamakan rakyat – Hamzah
- Selepas Xavier lompat, adakah siasatan dihentikan? – Shahril
Join our Telegram Channel