PETALING JAYA – Sebulan selepas bercerai secara mengejut, pelakon Zarina
Anjoulie sekali lagi membuat kejutan apabila mendedahkan dirinya kini kembali
bergelar isteri kepada Eilyas Azhar.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Zarina menerusi Instagramnya hari ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Zarina turut memberi amaran kepada
wanita-wanita yang kerap menghantar mesej terhadap suaminya agar berhenti
melakukan perkara tersebut.
“Wahai perempuan-perempuan yang asyik menghantar mesej kepada Yas (nama
gelaran Eilyas), aku rasa sekarang sudah boleh berhenti mesej suami aku.
“Tak marah, pesan sahaja. Aku dan Yas pun sudah rujuk,” katanya dalam entri
tersebut.
Selang tidak lama kemudian, pelakon drama Anak Pontianak itu bagaimapun
bertindak memadam entri tersebut.
Malah, dia juga tidak memperincikan tarikh mereka kembali bergelar suami
isteri.
Kosmo! pada 27 Januari lalu pernah melaporkan Zarina mendedahkan dia dan suami
sudah memfailkan perceraian.
Join our Telegram Channel