Umno bahagian Arau dan sayap Puteri bahagian itu menolak pelantikan Datuk Seri
Azlan Man sebagai Pengerusi Umno Perlis menggantikan Datuk Seri Shahidan
Kassim, dan mendesak presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
mengembalikan jawatan itu kepada Shahidan.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau Salim Dahaman berkata akar umbi akan terus
kekal bersama Shahidan, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Arau, demi
mengembalikan semula kekuatan Umno Perlis.
“Sahidan layak untuk terus memimpin Umno Perlis berdasarkan jasa beliau
membantu Umno memenangi dua daripada (tiga) kerusi Parlimen dan 10 kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum ke-14 sehingga terbentuknya
kerajaan Barisan Nasional di Perlis,” katanya kepada pemberita di Kangar,
Perlis hari ini.
Semalam Ahmad Zahid menerusi kenyataan memaklumkan Azlan yang merupakan
Menteri Besar Perlis dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis
yang baharu mengantikan Shahidan.
Bagaimanapun Pemuda Umno Arau pula menyambut baik pelantikan Azlan menerajui
Umno negeri, dan berharap ia dapat membuka lembaran baharu dalam politik
negeri Perlis.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel