MELAKA – Perbuatan jelik seorang bapa dan tiga anak lelakinya menjadikan
remaja perempuan berusia 18 tahun sebagai hamba seks selama setahun akhirnya
terbongkar selepas polis memberkas keempat-empat suspek, semalam.
Bapa dan dua abang mangsa serta seorang kakak ipar ditahan dalam serbuan di
sebuah rumah di Tanjung Kling pada pukul 12.45 pagi, manakala seorang lagi
suspek ditahan pada pukul 1.13 pagi di Bemban.
Kesemua mereka ditahan berusia antara 23 sehingga 48 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman
berkata, tangkapan dibuat susulan mangsa membuat laporan pada pukul 2.59
petang, kelmarin mendakwa dirogol dan diliwat oleh ayah dan tiga abang kandung
secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Tanjung Minyak.
“Bertindak atas laporan, polis menahan bapa dan ketiga-tiga abang mangsa,
serta kakak iparnya.
“Hasil saringan ujian air kencing ke atas kesemua saspek mendapati tiga orang
daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi
di sini, hari ini.
Katanya, hasil soal siasat, mangsa berusia 18 tahun empat bulan memberitahu,
kejadian rogol dan liwat itu berlaku sejak Februari 2020 dan kali terakhir
pada Februari lalu.
Mengulas lanjut, Sukri berkata, perbuatan itu dilakukan secara bergilir-gilir
oleh suspek apabila berada di bawah pengaruh dadah.
Join our Telegram Channel