KUALA LUMPUR: "Demi masa depan."
Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 42,
menyatakan keputusan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai
platform politiknya adalah demi masa depan anak dan keluarganya.
“Untuk saya (tarikh) 7/7/2006 ialah hari saya mula mati.
"Saya dah tak fikir untuk diri saya, saya fikir pasal anak saya,
I think about what kind of Malaysia do I want a life for my children, sebab ayah saya tinggalkan saya satu Malaysia yang aman Makmur.
What am I gonna give to my children? That’s why I’m here,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Altimet berkata, sudah terlalu lama dia hidup hanya
mementingkan dirinya sendiri.
Katanya, sejajar dengan peredaran masa, ia banyak mengubah kehidupannya.
“All artistes are actually selfish people (Sebenarnya semua artis
pentingkan diri sendiri).
"Dah 20 tahun saya jadi selfish. Ya betul, lagu saya dapat sambutan,
saya hanya nak puaskan diri saya sahaja. Orang suka okay, tak suka tak apa,
janji saya puas hati.
"Bila kita lalui, kita faham ada dunia yang lebih besar dari kita, faktor yang
buat kita lebih matang adalah apabila mereka sudah berkeluarga," kata Altimet.
Menurut bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew itu, semakin lama dia merasakan
adalah lebih penting untuk memikirkan tentang masa depan serta masa depan
anaknya.
"Sebab itu saya lebih peka terhadap perkembangan semasa, negara dan
sebagainya,” katanya lagi sebagai menjawab soalan daripada Presiden PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dalam Sesi Temu Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, serta penghibur Datuk Afdlin Shauki dan
Altimet.
Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 itu berkata demikian ketika ditanya mengapa
PKR menjadi parti pilihannya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel