Riyadh: Polis Saudi pada hari Khamis lalu berjaya menahan seorang lelaki yang
bersenjatakan pisau di Masjid Al Haram, Makkah
Lelaki tersebut melaungkan slogan dan ungkapan menyokong kumpulan dan
organisasi pengganas selain mengganggu jamaah lain selepas solat Asar dan juga
cubaan melakukan kekerasan, lapor agensi akhbar Saudi.
Lelaki itu dikeluarkan oleh anggota keselamatan dan diserahkan segera kepada
Polis Makkah.
Jurucakap polis Makkah mengatakan pegawai keselamatan masjid "segera menangkap
lelaki itu dan prosedur undang-undang telah diambil terhadapnya".
Presiden Haramain Sheikh Abdul Rahman Al Sudais mengecam insiden yang terjadi
di Masjid Al Haram dan berkata: "Dua Masjid Suci itu untuk ibadah dan
melaksanakan ritual, bukan untuk melaungkan slogan."
Sementara itu satu klip video tular berkaitan insiden itu memaparkan dengan jelas beberapa orang jemaah yang sedang beribadat tampil membantu pihak berkuasa memberkas lelaki tersebut.
Seorang jemaah lain pula dilihat mengangkat kerusi lipat dan cuba memukul
lelaki itu namun pukulan tersebut hanya mengenai lantai yang ditafsirkan oleh
anti-saudi sebagai tembakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap lelaki
terbabit.
حامل سلاح ناري داخل الحرم#مصدر pic.twitter.com/UazNdXNheD
— فيديوهاتك 🎥 (@abo_rshad00) April 1, 2021
NEWS I President of the Haramain Sheikh Abdul Rehman Al Sudais condemns the incident which occurred at Masjid Al Haram and said : “The Two Holy Mosques are for worship and the performance of rituals, not to chant slogans.” pic.twitter.com/aqMe5syXMb
— Haramain Sharifain (@hsharifain) April 1, 2021
Join our Telegram Channel