PETALING JAYA: Seorang guru sekolah agama dipercayai menampar murid tahun
satu sehingga bibir kanak-kanak itu bengkak dan berdarah dalam kejadian di
Kulai, Johor.
Ibu mangsa kecewa apabila mendapat tahu guru itu bertindak sedemikian kerana
hilang sabar dengan anak lelakinya yang menangis tanpa henti.
“Bila saya ambil dia balik dari sekolah dan dia buka pelitup muka, saya
nampak ada darah dan mulutnya bengkak. Bila diperiksa, ada lebam darah beku
dalam mulut dengan pipi bengkak sebelah.
“Petang itu saya membawanya ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi kebaskan
mulut yang bengkak agar dia boleh makan seperti biasa,” kata ibu mangsa,
menurut laporan Kosmo.
Wanita itu berkata, guru lelaki berkenaan mengaku menampar anaknya, namun
apa yang lebih mengecewakan apabila guru besar juga seolah-olah mengambil
mudah isu itu.
“Saya kecewa dengan jawapan diberikan guru besar sekolah berkenaan yang
hanya berkata ‘benda dah jadi’.
“Bagi saya, guru besar sebagai seorang pemimpin perlu lebih profesional
dengan memberi janji bahawa perkara seperti itu tidak akan berulang,”
katanya. – FMT
Join our Telegram Channel