Najib jawab Najib.
Sebenarnya, saya segan untuk mengulas tentang hashtag #kerajaangagal ini
sebab menteri-menteri UMNO dan BN masih meyokong dan merupakan sebahagian
dari kerajaan PN.
Seperti diulas saya 6 bulan dahulu pada Oktober tahun lepas, saya sudah
ramal bahawa UMNO-BN bakal dikaitkan dengan kegagalan kerajaan dari segi
ekonomi, covid dan langkah-langkah yang tidak akan disenangi Rakyat seperti
apa yang berlaku ketika ini.
Tapi masa saya ulas itu, dorang guna propaganda bahawa saya mahu sokong
Anwar sebab mahu kes-kes saya diselesaikan pulak.
26 Okt 2020: Rujuk di
sini.
Saya mula sedar bahawa niat kerajaan PN sudah tak betul apabila mereka kali
pertama meminta darurat dan parlimen digantung pada bulan Okt 2020 tanpa
berbincang dengan parti kita sebab saya berpendapat bahawa ianya tidak akan
membantu dalam usaha mengawal Covid dan akan lagi melemahkan ekonomi dan
pelaburan asing yang sudahpun lemah akibat kerajaan yang tak stabil dengan
majoriti tipis.
Ini terbukti benar hari ini bahawa darurat tak membantu manakala pelaburan
asing kami junam ke paling rendah dalam ASEAN berbanding paling tinggi
sebelum PRU14.
Saya juga kecewa dengan langkah-langkah mengawal Covid yang diambil kerajaan
masa itu.
Misalnya, tidak mewajibkan kuarantin bagi mereka yang pulang dari Sabah
sebelum PRN Sabah dan selepas itu bertukar menjadi kurantin kendiri untuk 3
hari sahaja walaupun KKM sendiri sedar bahawa purata tempoh inkubasi Covid
adalah 6 hari.
Sebab itu, saya pilih untuk kuarantin kendiri selama 14 hari walaupun arahan
adalah hanya untuk 3 hari.
Melihat ini, saya saran kerajaan untuk sekat rentas negeri serta-merta
memandangkan jumlah kes baru Covid di Semenanjung cuma dalam puluhan kes
sehari masa itu tapi tidak dilayan kerajaan.
"5 October 2020: Najib cadang sekatan rentas negeri bendung Covid-19". Rujuk
di
sini.
Pandangan saya ialah jika Covid terkurung di Sabah dan tidak merebak dalam
Semenanjung, kerajaan boleh tumpukan seluruh usaha untuk membendung dan
mengawal Covid di Sabah dalam masa tersingkat.
Tapi ini tidak berlaku dan gelombang ketiga yang bermula pada bulan Oktober
itu telah berlanjutan sehingga hari ini.
Jika Covid terkawal, ekonomi memulih dan pelaburan asing masuk maka kerajaan
tak perlulah guna begitu banyak wang untuk pakej-pakej bantuan sehingga PM8
terpaksa mengaku kerajaan hari ini tiada banyak wang lagi.
Dari bulan Oktober lagi, saya sudah beri amaran kepada UMNO bahawa kita
sudah tentu akan disalahkan telah gagal dalam mengawal ekonomi walaupun UMNO
langsung tidak mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi
memandangkan PPBM memonopoli jawatan Perdana Menteri, Menteri kanan yang
paling kanan, Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi
tanpa sebarang wakil dari parti UMNO, PAS atau mana-mana parti lain.
Sebab itu, saya segan untuk memberi komen tentang hashtag #kerajaangagal
walaupun saya juga tak faham kenapa sehingga hari ini UMNO dan BN masih mahu
berkait dengan kerajaan yang gagal melainkan ada yang lebih mementingkan
jawatan berbanding kepentingan negara, Rakyat dan parti.
– Najib Razak
Join our Telegram Channel