SHAH ALAM: Kelembapan ekonomi semasa antara faktor tawaran gaji rendah iaitu
dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,500 diberikan kepada graduan lepasan
institut pengajian tinggi (IPT), kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.
“Kita tidak pernah ubah daripada gaji minimum (RM1,200), tetapi dalam keadaan
kini, ada majikan memberi tawaran pekerjaan kepada penganggur.
“Saya cadangkan kita terima gaji yang sedia ada daripada jadi penganggur,”
katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri Program
Malaysia Prihatin dan Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja
(GPKS) 2021 hari ini.
Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) adalah bantuan dana kewangan yang
dibayar secara sekali beri kepada kesatuan sekerja berdaftar dengan Jabatan
Hal Ehwal Kesatuan Malaysia (JHEKS).
Sebanyak empat kategori geran ditawarkan kepada semua kesatuan sekerja iaitu
latihan, komputer, pembangunan laman sesawang dan penerbitan.
Join our Telegram Channel