Betul ke artis ditangkap dadah tu Anju?



Selebriti wanita ditahan positif dadah

Seremban: Seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

"Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing.

"Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek diberi jaminan polis setelah selesai memberi keterangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Hmetro


'Dari semalam memang di rumah' - Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: "Betulkah Anju (Zarina Anjoulie) yang ditahan polis sebab positif dadah?"

Itu antara komen peminat pada sesi siaran langsung yang dibuat pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie di Instagram, malam ini.

Bagaimanapun, Zarina tidak menjawab soalan itu sebaliknya memaklumkan dia berada di rumah sejak semalam.

"Dari semalam memang di rumah," katanya ringkas.

Sesi yang diikuti lebih 6,000 pengguna Instagram dalam tempoh kurang lima minit itu ditamatkan kerana Zarina mahu berdandan dan mencantikkan diri sebelum mahu bersiaran langsung sekali lagi.

Malah, Zarina secara berterus-terang juga mahu menggunakan kesempatan yang ada ketika namanya kembali tular untuk membuat ulasan produk di Instagram.


"Alang-alang tengah 'viral', semua kecoh, baik buat IG (Instagram) 'review' dan bantu orang. Lagi berfaedah.

"Anda bagi saya masa 15 minit, bagi saya cantikkan rambut sekejap dan saya kembali lagi. Saya nak buat 'live' dengan kekasih juga nanti," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

"Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, suspek diberi jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Hmetro


Soalan selebriti positif dadah tak dijawab

Kuala Lumpur: Sesi siaran langsung pelakon Zoey Rahman di Instagram bersama Zarina Anjoulie malam ini dihujani soalan mengenai kesahihan berita penangkapan selebriti wanita positif dadah.

Sepanjang sesi itu, Zoey dan Zarina lebih banyak bercakap mengenai kecantikan wajah, pemakaian pendakap gigi dan vaksin.

Sementara itu, komen warganet tidak dibaca terutama membabitkan soalan panas iaitu isu penyalahgunaan dadah.

Sesi yang berlangsung antara 10 hingga 15 minit itu sempat ditonton lebih 4,000 pengguna Instagram sebelum Zarina keluar dari sesi itu.

Selepas itu, Zoey sempat membaca beberapa komen dan menjawab soalan mereka.

"Kenapa tanya saya, manalah saya tahu. 'News' apa?" katanya.


Zoey juga membidas komen yang memburukkan Zarina.

"Tak baik cakap dia macam tu," katanya ringkas.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

Suspek diberi jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Hmetro 









Join our Telegram Channel
Telegram