Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang anggota polis wanita susulan insiden tahanan polis yang melibatkan dirinya baru-baru ini.
Menurut Zarina atau mesra disapa Anju, dia juga akan mengambil tindakan saman terhadap anggota polis tersebut kerana kecewa dengan sikap serta inginkan keadilan terhadapnya.
Namun begitu, punca dia mengambil tindakan undang-undang tersebut tidak dinyatakan.
“Dia nak viral, saya akan bagi dia viral”
Bintang drama Gerak Khas itu memuat naik kenyataan tersebut menerusi sebuah ‘posting’ di laman sosial Instagram miliknya.
Menurutnya lagi, laporan polis telah pun dibuat dan selepas siasatan pelakon berusia 24 tahun berkenaan akan menyaman anggota tersebut.
“Selepas siasatan saya akan mengambil tindakan menyaman anggota tersebut. Buat masa ini, saya tidak akan dedah identitinya tetapi akan tahu siapa.
“Saya takkan berdiam diri saya akan viralkan habis habisan sampai saya dapat keadilan yang saya deserve. Memandangkan anggota ni nak viral nak glamour, saya akan kasi dia viral dia idamkan,” katanya.
Sementara itu, dalam perkongsian lain Anju memarahi anggota polis terbabit yang disifatkan mencalarkan nama baik polis lain. Bagaimanapun, tetap nekad mahu ambil tindakan terhadap wanita tersebut.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang selebriti wanita dilaporkan ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Betul ke artis ditangkap dadah tu Anju?
- Bukan Yas yang tahi sangat, dia yang main dadah, kata bekas laki Anju
- Aku bayar RM1000 kalau ada bukti aku kena reman – Anju
- Anju saman polis sebab tertiris gambar urine tests?
- Zarina Anjoulie didakwa kes dadah
- Zarina Anjoulie didenda RM4,000 mengaku salah kes dadah
Join our Telegram Channel